Biro Ekonomi Koperasi & Keusahawanan telah bermesyuarat dan merancang beberapa perkara untuk membangunkan ekonomi PAMAJA sebagai sebuah persatuan yg telah lebih 34 Tahun berkhidmat.
Ahli Pamaja yang memilik bisnes atau agen pemasaran produk digalakkan mendaftarkan bisnes dan produk dalam PAMAJA BISNES DIRECTORY. Klik ikon berikut untuk mendaftar/SIGN UP kemudian SIGN IN semula drngan userid & Password berkenaan untuk kemaskini direktori PAMAJABIZ.
MESYUARAT PENUBUHAN KOPERASI PAMAJA BHD

Mesyuarat penubuhan KOPERASI PAMAJA BHD akan berlangsung pada 22.1.22 di Teater Panggung Sari, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.
PAMAJA VENTURES
Bermula dengan Penubuhan PAMAJA VENTURES PLT pada tahun 2019 yg berjaya mengumpul dana RM25,000 di kalangan ahli. PV berjaya menjana keuntungan melalui penjualan Online di Shopee sepanjang tempoh PKP. Ahli yg berminat untuk menyumbang dana ke dalam PAMAJA VENTURES PLT boleh berhubung dengan En Md Nor Daud ( HP: 019-3666669 ).
KOPERASI PAMAJA
Usaha terbaru ialah untuk mengerakan aktiviti ekonomi melalui Penubuhan KOPERASI PAMAJA pada tahun 2022. Melalui KOPERASI PAMAJA akan dapat digerakan aktiviti ekonomi berskala lebih besar melalui usahasama pelbagai pihak. Dato Dr. Mohd Yunus Rahmat selaku Pengerusi Biro Ekonomi, Koperasi & Keusahawanan sedang dalam peringkat akhir memanggil MESYUARAT PENUBUHAN KOPERASI PAMAJA.
PAMAJA BIZ DIRECTORY
Dalam usaha utk membina rangkaian perniagaan di kalangan ahli ahli PAMAJA, satu direktori bisnes dicadangkan dibina untuk memboleh KOPERASI PAMAJA dan PAMAJA VENTURES mempromosi dan mengedarkan produk produk ahli yang bersesuai. Ahli diminta untuk menyenaraikan semua jenis bisens (Homebase, Famili, Enterprise, SDN BHD, Agen , Stokis, Pengedar, Pembuat, Pengilang dll ) dalam PAMAJA BIZ DIREKTORI. Sila klik Ikon di atas sekali untuk melihat dan mendaftar dalam PAMAJA BIZ DIRECTORY. Sila Hubungi No HP 011-11391659 jika ada sebarang masalah dengan link pamajabiz di atas.

