Skip to content
Menu
PAMAJA
  • ORGANISASI
    • EXCO SESI 2023/2025
    • EXCO SESI 2021/2023
      • Mesy Exco 2023
      • Mesy Exco No.2 Bil 1/2022
      • Mesy Exco No.1 Bil 1/2021
    • Pengerusi PAMAJA Negeri (PPN)
  • AGM2023
  • AJF 2023
  • DAFTAR
  • PAMAJACARE
  • BULETIN
    • Koleksi Video/Foto
  • Aktiviti 2023
    • LEP40
    • AKTIVITI 2022
    • Aktiviti 2021
    • Makan Malam 2021
PAMAJA

Aktiviti 2023

Aktiviti 2022

25 Feb 2023 – 40th ANNIVERSARY OF THE LOOK EAST POLICY GALA DINNER

Presiden PAMAJA, Dato’ Hj. Sahariman bin Hj. Hamdan telah menerima undangan dan menghadiri 40th Anniversary of The Look East Policy anjuran Alumni Look East Policy Society (ALEPS) yang telah berlangsung pada 25 Februari 2023 bertempat di MBSA Convention Centre, Shah Alam.

13 Mac 2023 PRESENTATION CEREMONY OF JAPANESE FOREIGN MINISTER’S COMMENDATIONS FOR THE YEAR 2022

Majlis penyampaian anugerah kepada Dato’ Hj. Sahariman bin Hj. Hamdan, Presiden Persatuan Homestay Malaysia dan PAMAJA ini telah berlangsung di kediaman rasmi Duta Jepun, His Excellency Takahashi Katsuhiko.

Tahniah diucapkan kepada Dato’ dan terima kasih diucapkan kepada kerajaan Jepun, khususnya Kedutaan Jepun di Malaysia atas penganugerahan ini. Semoga hubungan baik di antara Malaysia dan Jepun ini berterusan dan diperkukuhkan.

13 Mac 2023 – FAREWELL DINNER FOR MR. TAKIZAWA MASAHIKO, CHIEF REPRESENTATIVE OF JICA MALAYSIA

Mr. Takizawa’s farewell dinner was hosted at 10 Binjai Restaurant, Perdana Hotel Kuala Lumpur on 13th March 2023. He will shortly be returning to Japan.

On behalf of PAMAJA, we would like to express our sincere appreciation for all of your support towards our organization. We wish you success in your upcoming endeavors and look forward to meet you again.

16-19 Mac 2023 – THE 35TH AJAFA-21 EXECUTIVE COUNCIL MEETING (ECM)

The 35th AJAFA-21 Executive Council Meeting (ECM) telah berlangsung pada 16 – 19 Mac 2023 di Jakarta, Indonesia.

ECM kali ini telah dihadiri oleh Dato’ Hj. Sahariman bin Hj. Hamdan (Presiden), En. Razali Raof (Timbalan Presiden) dan Pn. Nor Fauziana Mohd Salleh (Setiausaha Agung).

17 Mac 2023 – PERTEMUAN DELEGASI AJAFA-21 BERSAMA HIS EXCELLENCY KIYA MASAHIKO, THE AMBASSADOR OF JAPAN TO ASEAN DAN HIS EXCELLENCY KENJI KANASUGI, THE AMBASSADOR OF JAPAN TO INDONESIA

Pertemuan delegasi AJAFA-21 bersama His Excellency KIYA Masahiko, the Ambassador of Japan to ASEAN dan His Excellency KENJI Kanasugi, the Ambassador of Japan to Indonesia telah berlangsung pada 17 Mac 2023 yang lalu.

Delegasi PAMAJA diwakili oleh Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung.

Pertemuan ini bagi membincangkan hubungan dua hala di antara negara ASEAN dan Jepun, seterusnya berkenaan sambutan ulangtahun ke-50 persahabatan dan kerjasama ASEAN – Jepun bagi tahun 2023.

Menurut resolusi 35th AJAFA-21 Executive Council Meeting, PAMAJA akan menjadi Sekretariat bagi sambutan tersebut yang akan berlangsung di Jepun.

Program sambutan ulangtahun ini juga akan berlangsung di Malaysia dan maklumat program akan dihebahkan dari semasa ke semasa.

“ONE AJAFA, ONE Community, to Sustainability”

MAJLIS BERBUKA PUASA PAMAJA : SANTUNI ASNAF / ANAK YATIM UiTM

🗓️ Tarikh: 31 Mac 2023 (Jumaat)

📍 Lokasi: Kolej Melati, Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor

Anjuran bersama:

Kolej Kediaman Melati, BHEP UiTM Shah Alam

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga sumbangan yang diberikan mendatangkan manfaat kepada penerima.

Terima kasih juga diucapkan kepada Presiden PAMAJA, Dato’ Hj. Sahariman Hamdan, Timbalan Naib Canselor UiTM (HEP), YBhg. Prof. Dr. Hj. Mohd Sazili Shahibi serta semua tetamu yang memeriahkan majlis.

Tahniah diucapkan kepada Biro Agama, saudara Hj. Mohd Hassan bin Awang Boon serta barisan ahli jawatankuasa yang menganjurkan dan memastikan program berjalan dengan lancar.

4 April 2023 – COURTESY CALL ON HIS EXCELLENCY KIYA MASAHIKO, AMBASSADOR EXTRAORDINARY AND PLENIPOTENTIARY, MISSION OF JAPAN TO ASEAN

04th April 2023 (Tuesday) : The President of PAMAJA, Dato’ Hj. Sahariman bin Hj. Hamdan, met with His Excellency KIYA Masahiko, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary, Mission of Japan to ASEAN, and Mr. KITAYAMA Seigo, Second Secretary Mission of Japan to ASEAN, at the Embassy of Japan in Jakarta, Indonesia.

The primary goal of this meeting was to further discuss about the ASEAN-Japan Friendships Association for the 21st Century (AJAFA-21) activities in conjunction with the 50th Year ASEAN-Japan Friendship and Cooperation.

This includes embassy assistance in facilitating the application process for AJAFA-21 activities to be gazetted as one of the anniversary celebrations events, as well as the use of the official logo and slogan, disseminating program information to all offices of the Japan International Cooperation Agency (JICA) in ASEAN countries and Japan, and providing support to PAMAJA as Secretariat. All program announcements must be sent to the Japan ASEAN Centre in Tokyo.

Other highlights of the meeting include discussions about bilateral relations between ASEAN countries and Japan, the implementation of associated activities aimed at developing those relations, and JICA’s aid and collaboration in assisting the activities of the AJAFA-21.

“ONE AJAFA, ONE Community, to Sustainability”

4-6 April 2023 – NGABUBURIT BERBAGI KEBAHAGIAAN DENGAN KONGSI REZEKI BERBUKA PUASA

Sekitar Program ‘Ngabuburit Berbagi Kebahagiaan dengan Kongsi Rezeki Berbuka Puasa’ yang telah diadakan pada 04-06 April 2023 bertempat di Jakarta – Bogor, Indonesia.

Memasuki tahun kedua, program kongsi rezeki dan berbuka puasa ini melibatkan anak-anak yatim dan ia merupakan program inisiatif bersama allahyarham Dato’ Dr. Hj. Yunus bin Rahmat (mantan Exco PAMAJA).

PAMAJA diwakili oleh Presiden, Dato’ Hj. Sahariman Hamdan. Semoga program sebegini dan pelbagai program lain dapat diteruskan pada masa akan datang dan ukhwah di antara kedua-dua negara berpanjangan.

RUMAH TERBUKA PAMAJA SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 1444H

Tarikh  : 13 Mei 2023 (Sabtu)

Masa   : 12.00 tengahari – 5.00 petang

Lokasi  : Hotel Living DSulaiman, Kuala Lumpur

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli PAMAJA bersama keluarga, Penasihat PAMAJA dan tetamu-tetamu jemputan yang menghadiri Rumah Terbuka PAMAJA sempena Hari Raya Aidilfitri 1444H.

Antara tetamu-tetamu jemputan yang menghadirkan diri adalah:

1. Mr. Tadayori NAKAO – Embassy of Japan

2. Mr. Hiroshi MORIOKA – Embassy of Japan

3. Mr. ISHIGURO Yohei – JICA

4. Encik Isrami Ismail – Presiden ALEPS

5. Mr. Tan Yean Hong – JNTO

6. Encik Asraf Adnan – Tourism Malaysia

12 Jun 2023 – COURTESY CALL TO JAPAN INTERNATIONAL COOPERATION AGENCY (JICA) MALAYSIA

Ahli Jawatankuasa PAMAJA telah mengadakan kunjungan hormat kepada Chief Representative of JICA Malaysia yang baru iaitu Ms, Minako Sugawara di pejabat JICA pada 12 Jun 2023 yang lalu. Pertemuan ini diadakan bagi memperkukuhkan hubungan dua hala di antara PAMAJA dan JICA.

MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL & DOA SELAMAT

Beberapa siri bacaan Yasin, doa selamat dan tazkirah telah dianjurkan oleh Biro Agama, Haji Mohd Hassan bin Awang Boon. Aktiviti secara berkala ini mendapat sokongan ahli serta secara tidak langsung ianya merupakan medium perjumpaan ahli secara atas talian.

MESYUARAT ASEAN – JAPAN FESTIVAL BIL. 1/2023

26 JULAI 2023 (RABU) – Mesyuarat pertama berkenaan program ASEAN-Japan Festival 2023 telah berlangsung di Malaysia Tourism Centre (MaTiC). Penyelarasan program akan dikemaskini daripada semasa ke semasa.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Dato’ Hj. Sahariman bin Hj. Hamdan, Presiden PAMAJA / Homestay Malaysia dan merangkap Pengerusi ASEAN-Japan Festival 2023.

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli mesyuarat yang hadir termasuklah wakil daripada MaTiC, Japan Travel Bureau (JTB) dan Kolej Komuniti.

Jom, Go Healthy With Community

JOM, GO HEALTHY WITH COMMUNITY!

🗓️ Tarikh: 20 Ogos 2023 (Ahad)

⏰ Masa: 6.45 pg – 10.00 pg

Biro PAMAJA Care telah menganjurkan program Jom, Go Health with Community! di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Program ini disertai oleh ahli PAMAJA beserta keluarga, serta komuniti setempat. Program dimulakan dengan aktiviti senaman Qi Gong yang diketuai oleh Master Leong, dan diikuti oleh aktiviti berbasikal, jogging dan brisk walk.

Terima kasih diucapkan kepada barisan AJK PAMAJA, ahli-ahli PAMAJA dan keluarga serta komuniti yang mengambil bahagian dalam program ini.

PAMAJA juga menzahirkan ucapan penghargaan buat Master Leong, Mr. MP Govin dan Ms. Choo Choon Hong yang merupakan antara tulang belakang program ini.

Turut hadir adalah Timbalan Presiden PAMAJA, En. Razali Raof.

Contact

Alamat Setiausaha : No 6 Jalan Kristal 1 / 2, Taman Kristal 28400 Mentakab Pahang 

Tel : 019 – 986 5070 (Presiden) / 012-6733585 (Setiausaha)

Email : pamajamalaysia@gmail.com

Recent Posts

  • ASEAN – JAPAN FESTIVAL 2023
  • MISI BANTUAN PAMAJA CARE 2022 – 8 & 9 Jan 2022
  • Pelancaran Tabung PAMAJA CARE
  • Majlis Penasihat PAMAJA (MPP)
  • Perlantikan Pengerusi PAMAJA Negeri

Archives

  • July 2023
  • December 2021
  • October 2021

Categories

  • AGM
  • Biro Agama
  • Majlis Makan Malam 34 Tahun PAMAJA
  • PAMAJACARE
  • pengerusi Negeri
  • Uncategorized
©2026 PAMAJA | Powered by WordPress and Superb Themes!