Skip to content
Menu
PAMAJA
  • ORGANISASI
    • EXCO SESI 2023/2025
    • EXCO SESI 2021/2023
      • Mesy Exco 2023
      • Mesy Exco No.2 Bil 1/2022
      • Mesy Exco No.1 Bil 1/2021
    • Pengerusi PAMAJA Negeri (PPN)
  • AGM2023
  • AJF 2023
  • DAFTAR
  • PAMAJACARE
  • BULETIN
    • Koleksi Video/Foto
  • Aktiviti 2023
    • LEP40
    • AKTIVITI 2022
    • Aktiviti 2021
    • Makan Malam 2021
PAMAJA

AJF 2023

ASEAN-JAPAN FESTIVAL 2023

ASEAN – JAPAN FESTIVAL 2023

Telah berlangsung program ASEAN – Japan Festival 2023 pada 14 – 17 September 2023, bertempat di Homestay Malaysia dan Malaysia Tourism Centre (MaTiC). Festival ini diadakan bersempena ulang tahun ‘50th Year of ASEAN – Japan Friendship and Cooperation’.

Dengan tema ‘Colors of ASEAN’, pelancaran festival ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Mohd Zamri bin Mat Zain, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) yang mewakili Ketua Setiausaha, MOTAC. Pelancaran festival ini diadakan di Mini Auditorium, MaTiC pada 16 September 2023 yang lalu.

Menurut Presiden PAMAJA merangkap Pengerusi Pertubuhan Pengusaha Homestay Malaysia, Dato’ Hj. Sahariman Hamdan, objektif utama festival ini dilaksanakan adalah untuk mempromosikan sektor pelancongan dengan menggalakkan orang ramai untuk melancong dan menyertai festival ini yang menyemai aktiviti silang budaya, perkongsian pengalaman, dan seni antara negara-negara ASEAN dan Jepun.

Bagi memperkasakan pelancongan homestay, pelantikan ASEAN Homestay Ambassador juga diperkenalkan. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang festival ini berlangsung. Antaranya ialah ikebana, Japanese calligraphy, demonstrasi masakan / kulinari ASEAN, persembahan kebudayaan, permainan tradisional, senaman dan sebagainya.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penganjuran festival ini, terutamanya kepada MOTAC, MaTiC, Tourism Malaysia, Embassy of Japan, Japan International Cooperation Agency (JICA), ASEAN Japan Friendship Association for the 21st Century (AJAFA-21) dan sokongan padu daripada PAMAJA serta Homestay Malaysia. Festival ini adalah anjuran bersama PAMAJA dan Pertubuhan Pengusaha Homestay Malaysia.

Turut serta dalam festival ini adalah wakil Kedutaan Jepun dan JICA, delegasi-delegasi dari negara-negara ASEAN, ketua-ketua jabatan, ahli-ahli persatuan, pelajar-pelajar institusi pendidikan tinggi, orang awam dan pelancong.

“Golden Friendship, Golden Opportunities”

Mesyuarat Jawatankuasa Penganjur ASEAN JAPAN FESTIVAL

Contact

Alamat Setiausaha : No 6 Jalan Kristal 1 / 2, Taman Kristal 28400 Mentakab Pahang 

Tel : 019 – 986 5070 (Presiden) / 012-6733585 (Setiausaha)

Email : pamajamalaysia@gmail.com

Recent Posts

  • ASEAN – JAPAN FESTIVAL 2023
  • MISI BANTUAN PAMAJA CARE 2022 – 8 & 9 Jan 2022
  • Pelancaran Tabung PAMAJA CARE
  • Majlis Penasihat PAMAJA (MPP)
  • Perlantikan Pengerusi PAMAJA Negeri

Archives

  • July 2023
  • December 2021
  • October 2021

Categories

  • AGM
  • Biro Agama
  • Majlis Makan Malam 34 Tahun PAMAJA
  • PAMAJACARE
  • pengerusi Negeri
  • Uncategorized
©2026 PAMAJA | Powered by WordPress and Superb Themes!