Mesyuarat Agung Tahunan PAMAJA KE 27, telah diadakan pada 4 Dis 2021 di Dewan Bendahara, Hotel Mudzaffar, Melaka. Telah dihadiri lebih dari 60 orang dan 16 orang secara maya melalui Google Meet.

Mesyuarat kali ini telah membentangkan laporan tahunan aktiviti dan kewangan PAMAJA. Tahniha kepada Barisan EXCO PAMAJA 2019/2021 yang telah berkhidmat dengan cemerlang sehingga berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti dalam tempoh yang mencabar di bawah KAwalan Pergerakan PKP sepanjang 2 tahun lalu.
Mesyuarat telah melantik Dato’ Sahariman bin Hj Hamdan sebagai Presiden PAMAJA bagi sesi 2021/2023 dengan barisan EXCO seperti berikut

