- WEBSITE, DATABASE AHLI, BULETIN PAMAJA
Website rasmi Pamaja bertukar wajah sekali lagi dan kali ini menggunakan link www.pamaja.online. Di dalam website ini terdapat link kepada database Ahli Pamaja yang dibuka sejak awal tahun 2021 untuk ahli mengemaskini data masing masing. Projek Database Ahli ini menyasarkan 1000 rekod ahli dicapai menjelang akhir tahun 2021.
Pamaja juga meneruskan usaha mengeluarkan Buletin utk ahli Pamaja mendapat berita aktiviti PAMAJA. Kali ini muncul dengan nama YOKOSO telah dikeluarkan untuk Edisi 2020 di link pamaja.online/buletin
2. PROGRAM BUAL BICARA SANTAI HARI MALAYSIA, SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-64 MALAYSIA DAN PANDEMIK COVID19
Hari Kebangsaan ke-64 tetap disambut dengan penuh semangat patriotisme walaupun secara sederhana bersesuaian mengikut persekitaran norma baharu, iaitu bagi tahun kedua sejak negara dilanda pandemik Covid-19 tahun lalu. Sehubungan itu, PAMAJA Malaysia telah menganjurkan program 3 dalam 1 secara maya iaitu Bual Bicara Santai Hari Malaysia, Sambutan Kemerdekaan ke-64 Malaysia dan Pandemik Covid19 pada 12 September 2021. Program ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama ahli. Sesi ini turut dihadiri oleh ahli alumni Kappija-21, Indonesia sebagai tanda persamaan sejarah pembinaan negara bangsa di samping mengukuhkan persahabatan yang telah lama terjalin.
3. AJAFA -21 33rd EXECUTIVE COUNCIL MEETING ( ECM )
AJAFA-21 Executive Council Meeting 2021, telah diadakan secara webinar mulai 27 Februari hingga 28 Februari 2021. Hos bagi ECM adalah VACYF Vietnam. PAMAJA diwakili oleh En. Mohd Adnan bin Md. Daud (Presiden PAMAJA), En. Razali Raof (Naib Presiden 1 memangku Timbalan Presiden) dan Datuk Hj Sahariman bin Hamdan (Ahli Jawatankuasa).
4. UNDANGAN ACARA MENGENANG PRESIDEN KAPPIJA-21
PAMAJA Malaysia telah menerima undangan bagi menghadiri Acara Mengenang Almarhum Julius Ampera Kaligis (Harry Kaligis) telah diadakan secara virtual pada 27 Jun 2021. Turut hadir adalah wakil-wakil Alumni AJAFA-21. Presiden PAMAJA Malaysia telah diberi penghormatan untuk memberi ucapan sebagai tanda kenangan persahabatan.
5. UNDANGAN MENGHADIRI ACARA PERAYAAN HARI ULANG TAHUN
KEMERDEKAAN REPUBLIK INDONESIA KE 76
Jalinan persahabatan diantara PAMAJA Malaysia dan Alumni Negara ASEAN diadakan dengan pelbagai cara. PAMAJA turut menerima undangan menghadiri Acara Perayaan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Republik Indonesia ke 76 anjuran Kappija-21 pada 17 Ogos acara berkenaan.
6. JAPANESE CULTURE
PROGRAM KEBUDAYAAN JEPUN Pamaja Malaysia bagi tahun 2021 diisi dengan Aktiviti Origami. Justeru itu, SEMUA AHLI PAMAJA telah dijemput untuk menyertai Aktiviti Origami anjuran Pertubuhan Origami Malaysia (MOA) atau Pertubuhan Seni dan Sains Lipatan Kertas Malaysia seperti berikut:
*Virtual Origami Exhibition:
Get up close and personal with amazing Origami Art pieces! Interact
with the Origami Creators!. Over 50 unique Origami Art pieces never
before seen with a touch of Malaysian Cultural Heritage will be shown
live! Interact with the artists who created them
30 OCT 2021, 6:00pm Kuala Lumpur’s time.
Zoom: 500pax max (first come first serve basis)
Topic: Living Arts Cultural Festival 2021 Virtual Origami Exhibition
Time: Oct 30, 2021 06:00 PM Kuala Lumpur
7. SEMBANG SANTAI BERSAMA AHLI PAMAJA
Aktiviti Sembang Santai Bersama Ahli PAMAJA diadakan pada 23.1.2021 secara webinar bertujuan untuk memaklumkan kepada ahli PAMAJA mengenai aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun 2021 dan juga perbincangan isu-isu semasa disamping bertujuan untuk mengukuhkan silaturahim sesama ahli. Seramai 20 ahli PAMAJA yang menyertai diskusi online ini.
8. SANTAI RAYA BERSAMA PAMAJA
Santai Raya Bersama PAMAJA telah diadakan pada 1 Syawal 1442H bersamaan 13 Mei 2021 mulai jam 3 hingga 5 petang melalui platform google meet. Program Sambutan Aidil Fitri ini merupakan julung kali diadakan secara atas talian memandangkan segala aktiviti secara bersemuka adalah dilarang sewaktu PKP yang bertujuan untuk mengekang penularan jangkitan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara Malaysia. Dengan adanya majlis seperti ini, ahli PAMAJA dapat mengeratkan hubungan dan kemesraan walaupun negara sedang berdepan dengan wabak Covid 19.
9. Aktiviti PAMAJA CARE
PAMAJA MALAYSIA merupakan persatuan yang aktif melaksanakan Tanggung Jawab Korporat (CSR) dalam membantu dari aspek kebajikan dan kebaikan yang dapat dimanfaatkan kepada ahli PAMAJA, masyarakat, organisasi dan sebagainya. Aktiviti CSR ini juga merupakan komitmen PAMAJA Malaysia melalui Biro Kebajikan bagi mempertingkatkan
kesejahteraan ahli serta meningkatkan imej persatuan.
9.1 SUMBANGAN PEMBELIAN KERUSI RODA 9.2 SUMBANGAN KEPADA AHLI PAMAJA YANG TERKESAN SEWAKTU PANDEMIK COVID19
9.2 SUMBANGAN KEPADA AHLI PAMAJA YANG TERKESAN SEWAKTU PANDEMIK COVID19
9.3 Sumbangan Pakaian Aidil Fitri Kepada Anak Yatim/Asnaf
9.4 SUMBANGAN KEPADA RUMAH JAGAAN & RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS
9.5 SUMBANGAN KEPADA 3 BERADIK YATIM PIATU
10. PROGRAM MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT
Program Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat secara berjemaah telah dianjurkan bertarikh 24 Jun 2021 (Khamis) dan 8 Julai 2021 (Khamis) pada jam 7:45 malam secara google meet.
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un dan Salam Takziah kepada keluarga Ahli PAMAJA yang telah pergi menemui PENCIPTA
Allahyarham Md. Azman bin Mokhtar – 9/6/2021
Mendiang Mohanadasan Veeriah -21/6/2021 (Turut berdukacita)
Allahyarhamah Hjh Siti Sarah binti Idris – 22/6/2021
Allahyarham Hj Mohammad Sahlan Mahnoon – 27/6/2021
Allahyarham Hj Jibin Hanafi – 4/7/2021
Allahyarham Hj Mohd Fadzil Mokhtar – 24/7/2021
Allahyarham Zakaria Yaacob 30/8/2021
Allahyarham Abdul Aziz bin Omar 17/10/2021
